Bahasa Melayu | English Ahad, 20/05/2012

Pembangunan Luar Bandar Dalam Konteks Masa Kini

Pembangunan luar bandar ditakrifkan oleh Bank Dunia sebagai suatu strategi untuk memperbaiki status sosio-ekonomi penduduk luar bandar terutama golongan miskin. Ianya melibatkan penjanaan peluang dan memanjangkan faedah pembangunan kepda masyarakat luar bandar, melibatkan pembasmian kemiskinan, peningkatan pendapatan, produktiviti dan kualiti hidup serta kesampaian kemudahan asas kepada golongan tersebut.

Sehubungan dengan itu, pembangunan luar bandar lazimnya melibatkan aktiviti pelbagai sektor. Bukan setakat pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas sebaliknya lebih luas lagi dalam sektor kredit pertanian, pembangunan modal insan serta yang seringkali tertinggal atau sengaja dilupakan iaitu sektor teknologi maklumat dan komunikasi. Mungkin tidak keterlaluan jika dsaya katakan, pada zaman akan datang, kemudahan ICT akan dikategorikan sebagai salah satu kemudahan asas bukan lagi bekalan air, elektrik atau jalan kampung seperti sekarang.