ICT adalah satu elemen perubahan yang besar, satu alat untuk membantu peningkatan kualiti hidup masyarakat desa. Oleh itu kita harus mempunyai aspirasi besar bersama bersatu tenaga untuk mengajak masyarakat desa menggunakan kemudahan ICT yang telah disediakan oleh kerajaan. Kita tidak mahu masyarakat desa hanya menjadi penonton sahaja dalam mengharungi kemajuan revolusi ICT pada masa kini. Kita mahu mereka menjadi masyarakat yang berilmu jika boleh menggunakan maklumat dan teknologi ICT. Sebagai contoh agribazaar merupakan kandungan portal titian digital yang telah dibangunkan oleh mimos dan baru ini telah diserahkan kepada kementerian, adalah merupakan satu aplikasi e-dagang. melalui aplikasi ini para petani atau masyarakat desa akan dapat menjalankan perniagaan mereka dengan hanya melalui talian ICT. Kementerian yakin melalui pembinaan MID ini kementerian sedia untuk bekerja keras dalam menjayakan hasrat kerajaan ini. Oleh itu dalam RMK-9 kementerian telah membuat sasaran sebanyak 12 peratus daripada 1.8 juta isi rumah kawasan luar bandar akan mendapat latihan ICT. Pada masa yang sama kerajaan akan terus membantu masyarakat luar bandar bukan sahaja dalam bentuk fizikal tetapi juga menyediakan kemudahan perisian komputer melalui aplikasi-aplikasi di medan infodesa supaya jurang perbezaan pembangunan digital ini terus dikurangkan. Semoga segala usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk memajukan masyarakat luar bandar akan dapat dihayati dan disambut dengan penuh komitmen oleh setiap lapisan masyarakat. Kita harus sedar bahawa pembangunan luar bandar adalah amat penting dalam membantu kerajaan menjadikan malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Kemajuan tidak akan bererti sekiranya masih terdapat kawasan atau masyarakat yang ketinggalan dalam bidang tertentu dalam usaha kita membangunkan negara. |