Objektif utama Latihan ICT Luar Bandar diadakan di Medan Infodesa adalah: - Memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran tentang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada masyarakat luar bandar
- Meningkatkan penggunaan dan penguasaan serta literasi komputer di kalangan pemimpin masyarakat luar bandar
- Memberi kemahiran yang bersesuaian kepada masyarakat luar bandar bagi melahirkan usahawan yang bijak menggunakan ICT serta dapat meningkatkan tahap sosio-ekonomi mereka
Takwim Kursus yang dijalankan di MID seluruh negara: Satu takwim perlu disediakan yang memaparkan jadual kursus di semua MID sepanjang tahun. Maklumat tambahan seperti yuran, tarikh tutup penyertaan, nombor serta alamat Pengurus untuk dihubungi juga perlu dipaparkan pada setiap kursus berkenaan. Maklumat berkenaan kursus yang dirancang diperoleh daripada microsite setiap MID. |