Bahasa Melayu | English | Lain Ahad, 20/05/2012 biru merah hijau set semula fon menurun fon menaik tema asal tema biru tema hitam tema coklat

Latar Belakang MID

Medan Infodesa (MID) merupakan entiti fizikal yang dilengkapi dengan prasarana ICT dan terletak di kawasan luar bandar. Selain terus menjadi fokus pertemuan fizikal setempat, menerusi penggunaan ICT, MID juga menjadi pemangkin bagi merapatkan jurang digital di kawasan luar bandar disamping berfungsi sebagai pusat latihan dan pertemuan interaksi maya dikalangan masyarakat desa.

Kriteria Pemilihan MID

  • Kampung Gerakan Daya Wawasan (GDW)
  • Memiliki penduduk kampung sekurang-kurangnya 1000 orang
  • Mempunyai tapak yang sesuai
  • Kampung yang telah melaksanakan inisiatif ICT secara berdikari dan tidak di bawah tajaan mana-mana program ICT yang lain seperti di bawah Program Internet Desa (Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi), Kedai Dot.com (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia), Program ICT kerajaan negeri atau pun organisasi lain. Inisiatif ini termasuk membangun dan memiliki laman web dan kelas komputer.