IKLAN JAWATAN KOSONG KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH |
Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk menyertai warga Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui jawatan berikut :- | | |
1. JAWATAN : PEKERJA KHIDMAT SINGKAT(Pengurus Medan Infodesa) |
a) Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan : Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah | |
b) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan | |
c) Klasifikasi Perkhidmatan : Klasifikasi Perkhidmatan Sistem Maklumat | |
| |
2. SYARAT LANTIKAN Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :- |
| a) warganegara Malaysia; |
| b) berumur tidak kurang dari 18 tahun ke atas; |
c) berkelayakan akademik : i) Mempunyai diploma yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi institusipengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; iii) Mempunyai kemahiran komputer ( Penyelenggaraan dan baik pulih komputer, Perisian Asas Komputer, Asas Pembinaan Laman Web dan lain-lain ). |
| |
3. TARAF JAWATAN Taraf Jawatan : Pekerja Khidmat Singkat (PKS) |
| |
4. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN |
| a) Pelantikan Tuan/puan hendaklah berkhidmat dengan Kementerian/Jabatan yang ditetapkan. | | |
b) Tempoh Perkhidmatan i. Perkhidmatan tuan/puan adalah untuk tempoh tidak melebihi enam (6) bulan mulai tarikh yang ditetapkan. ii. Tuan/puan hendaklah berkhidmat tidak melebihi lima (5) jam tiap-tiap hari selama lima (5) hari seminggu untuk tempoh tidak melebihi enam (6) bulan dan kerajaan boleh menamatkan perkhidmatan tuan/puan. | | |
| c) Latihan Tuan/puan sekiranya didapati perlu, boleh diberi latihan sebelum melaksanakan tugas yang ditetapkan. |
d) Bayaran Perkhidmatan i. Bayaran upah akan dibuat oleh Kementerian/Jabatan mengikut kerja berdasarkan output atau mengikut jam sebulan sekali sekiranya Pegawai Penyelia mengesahkan tuan/puan telah menyempurnakan tugas sebagaimana yang ditetapkan dengan memuaskan. ii. Upah tidak akan dibayar bagi tempoh perkhidmatan yang kurang dari satu (1) jam. (*) |
| |
5. FUNGSI BIDANG TUGAS |
a) Bertanggungjawab sebagai Pengurus Medan Infodesa (MID) dan mengawasi dan menyelia Pengurus MID Mukim/Kampung (jika berkenaan); b) Membantu merancang pelaksanaan MID bersesuaian dengan arah tuju yang ditetapkan oleh Kerajaan; c) Membantu mengurus dan melaksanakan operasi MID dengan cara inovatif dan proaktif sehingga MID dapat dimajukan ke tahap berkeupayaan (sustainability); d) Merancang dan mengendalikan kursus-kursus latihan ICT bagi masyarakat luar bandar; e) Mengemaskini Web Infodesa bagi MID; f) Menjalankan fungsi sabagai "Info-mediator" dan "Info-mobilizer" kepada masyarakat setempat yang memerlukan bantuan maklumat dari Web/Internet dan sebagainya; g) Menyenggara komputer dan peralatan ICT lain di MID; h) Mengurus kewangan dan akaun MID; i) Melaporkan prestasi MID kepada KKLW dan Lembaga Pengurusan MID; j) Menjaga kebersihan, keceriaan dan keindahan di MID dan kawasan sekitarnya; k) Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa. |
| |
6. TARIKH TUTUP PERMOHONAN Tarikh Tutup : Terbuka |
| |
7. PENGHANTARAN BORANG |
a) Permohonan mestilah disertakan bersama dengan satu salinan (salinan perlu disahkan: i) Resume/CV Bergambar ii) Kad Pengenalan iii) Sijil-Sijil Akademik (SPM,Diploma,Ijazah) iv) Sijil-Sijil Ko-Kurikulum |
b) Permohonan hendaklah dikemukakan kepada : SETIAUSAHA BAHAGIAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BAHAGIAN PENGUPAYAAN KOMUNITI DAN INFODESA TINGKAT BAWAH, MIECC JALAN DULANG, MINES RESORT CITY 43300 SERI KEMBANGAN SELANGOR DARUL EHSAN
|