Bahasa Melayu | English | Lain Khamis, 23/02/2012 biru merah hijau set semula fon menurun fon menaik

Pengkelasan Laman Web

Portal Infodesa terdiri daripada 2 bahagian iaitu Macrosite dan Microsite. Macrosite merupakan laman utama atau laman rasmi bagi Program Infodesa. Kandungannya terdiri daripada semua maklumat yang diperolehi dari laman-laman khas Medan Infodesa yang dikenali sebagai microsite.

Di peringkat Medan Infodesa, satu laman web khas dibangunkan bagi memaparkan semua maklumat berkaitan MID tersebut serta maklumat atau program/aktiviti di kampung MID serta kampung sekitar MID berkenaan. Laman web ini dikenali sebagai microsite dan diuruskan oleh pengurus MID dari segi isi kandungan dan kemaskini laman web.

Bagi memudahkan proses penyelarasan serta pemantauan secara berterusan di peringkat kementerian, microsite-microsite ini telah dikelaskan kepada 5 zon iaitu zon Utara, Tengah, Timur, Selatan dan Sabah/Sarawak.

  1. Zon Utara mewakili negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak
  2. Zon Tengah mewakili negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
  3. Zon Timur mewakili negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang
  4. Zon Selatan mewakili negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan
  5. Zon Sabah/ Sarawak mewakili negeri Sabah dan Sarawak

Sehingga kini, terdapat 95 microsite yang telah aktif dan boleh dilayari menerusi laman utama www.infodesa.gov.my.