Laman web Infodesa telah mula dibangunkan pada tahun 2000 di bawah projek penyelidikan MIMOS Berhad dan dikenali sebagai Titian Digital. Pembangunan projek ini hanya melibatkan Medan Infodesa perintis yang terdiri daripada 6 buah MID iaitu MID Kg. Parit Tengah, Johor, MID Kg. Tehel, Melaka, MID Kg. Gulang-gulang, Selangor, MID Kg. Kok Klang, Perlis, Mid Kg. Bayangan, Sabah dan MID Kg. Buntal, Sarawak. Majlis penyerahan secara rasmi portal Titian Digital dari pihak MIMOS Berhad kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KPLB) telah dibuat pada tahun 2005. Bermula dari itu, pihak kementerian telah mengambilalih secara langsung pengurusan portal Titian Digital dan sehingga tahun 2007, sebanyak 68 laman web MID telah berjaya dibangunkan. Pada tahun 2007, portal Titian Digital telah diambilalih oleh pihak Skali Berhad di bawah Projek Managed Portal Services (MPS) sehingga tahun 2013. Portal Titian Digital telah ditukar kepada Portal Infodesa. Sehingga kini, sebanyak 161 telah berjaya dibangunkan dan 95 daripadanya telah aktif dan sedia untuk dilayari. |