Portal Infodesa dibangunkan bagi menyediakan platform atau gerbang komunikasi ICT yang membolehkan capaian maklumat berkaitan dengan MID dan kampung sekitarnya. Ia memaparkan kandungan yang bercirikan tempatan yang dibangunkan berasaskan kepada permintaan dan keperluan masyarakat setempat. Antara maklumat yang boleh diperolehi adalah seperti maklumat berkaitan kampung sekitar MID, aktiviti atau program yang dijalankan di MID, produk dan perkhidmatan yang terdapat di MID dan sekitar kampung MID serta pautan kepada perkhidmatan yang berkaitan. |