a) Tugas dan Peranan Lembaga Pengurusan MID - Memastikan operasi MID bersesuaian dengan matlamat dan strategi Kerajaan
- Memantau pengurusan MID
- Memastikan urusan tabung MID dijalankan mengikut peraturan perakaunan lazim
- Merancang aktiviti pengembangan MID
- Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun
b) Peranan Pengerusi/Timbalan Pengerusi - Mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengurusan MID.
- Menentukan keputusan yang dibuat mengenai pengoperasian MID mendapat majoriti 2/3 daripada ahli Mesyuarat Lembaga Pengurusan MID.
- Memantau aktiviti pengoperasian MID secara berterusan.
- Mengesahkan segala laporan aktiviti dan kewangan yang dibentangkan dalam mesyuarat.
- Bertanggungjawab agar MID dimanfaatkan oleh masyarakat luar bandar sepenuhnya.
|