Sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap pembangunan luar bandar, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga telah melaksanakan program Infodesa untuk menyerapkan budaya ICT di kalangan penduduk luar bandar sebagai salah satu inisiatif yang penting dalam usaha merapatkan jurang digital dan sebahagian daripada dasar menyediakan perkhidmatan komunikasi asas kepada setiap rakyat. Menyedari hakikat ini kerajaan telah meluluskan peruntukan besar di bawah RMK-8 dan RMK-9 untuk menyediakan sumber-sumber yang berkaitan di dalam memberi akses komunikasi di luar bandar. Program Medan infodesa(MID) yang dimulakan sejak Rancangan Malaysia Ke-8, dilengkapi sehingga 20 unit komputer dengan sambungan Internet serta kelengkapan periferal lain seperti pencetak, pengimbas dan sebagainya. |